Monday, May 17, 2010
Unethical sensationalised story by MyMetro
Personally I don't take tabloids like MyMetro seriously until it keeps on stepping on our tails.

After reading this article (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Aksipanaspengkid_lesbian/Article), I decided to write a complaint letter to the unethical people who called themselves reporter in MyMetro and the chief editor who approved this article without checking the facts.

This is my letter to them in Bahasa Malaysia:
"Pertama sekali saya ingin melahirkan rasa kecewa dengan liputan yang dibuat oleh saudara Firdaus Sahat dalam artikel yang bertajuk "Aksi Panas Pengkid, Lesbian”.

Segala fitnah yang dilemparkan dalam artikel tersebut adalah semata-mata untuk mensensasikan isu tanpa tanpa saksi dan bukti yang kukuh (hanya berdasarkan imaginasi penulis sahaja) malah lebih menjijikkan apabila beliau telah melanggar etika sebagai seorang wartawan. Mungkin saya silap kerana wartawan tabloid besar kemungkinan dibenarkan untuk menulis apa-apa sahaja asalkan dapat melariskan jualan akhbar.

Di dalam surat ini, saya ingin membetulkan beberapa maklumat yang tidak benar dan disalah laporkan.

1. Pertama sekali, 'pesta' pengkid yang diadakan dua minggu yang lepas tiada kena mengena dengan parti yang diadakan pada Jumaat yang lepas.

2. Kedua, parti pada minggu yang lepas adalah parti persendirian dan tertutup untuk golongan wanita dan tidak seharusnya dipertikaikan oleh pihak MyMetro. Tindakan MyMetro mencetak artikel tersebut semata-mata untuk publisiti murahan bukan sahaja melanggar kebebasan kami untuk mengadakan kegiatan sosial khas untuk wanita malah mencemari pemikiran pembaca-pembaca muda dengan artikel yang tidak benar ini.

3. Tiada pertandingan "drag king" yang dijalankan pada malam tersebut. Rasanya, maklumat yang diperolehi oleh Encik Firdaus adalah palsu. Apa yang dijalankan pada malam tersebut ialah pertandingan DJ wanita. Pertandingan ini diselitkan dengan tarian yang diiringi oleh muzik "Justin Bieber" tanpa sebarang aksi ghairah atau cumbu yang dilaporkan.

4. Untuk pengetahuan saudara di MyMetro, parti ini diadakan secara tertutup dan tidak dipromosikan untuk sebarangan orang. Maka apa yang dilaporkan oleh MyMetro tentang promosi di dalam Facebook adalah fitnah semata-mata.

5. Apa yang melucukan ialah apabila saudara Firdaus melaporkan bahawa terdapat katil-katil dengan kain cadar merah di pesta tersebut. Sekali lagi, ini adalah fitnah semata-mata dan apa yang ada adalah sofa oversized.

6. Pemeriksaan mengejut oleh pihak polis adalah perkara biasa kebelakangan ini. Perkara ini berlaku di mana-mana termasuk kelab yang lebih popular seperti Zouk. Walaupun seorang gadis berumur 20 tahun ditahan dan kemudian dibebaskan, ini membuktikan bahawa pihak penganjur telah mengambil langkah yang serius untuk memastikan parti ini tidak dikunjungi oleh meraka yang berumur di bawah 21 tahun.

7. Apa yang penting ialah parti ini adalah bersih dari dadah dan pengunjung-pengunjung berumur lebih daripada 21 tahun.

Tindakan MyMetro memutar belitkan cerita serta mengkritik cara pemakaian anak muda pada masa kini adalah semata-mata untuk mensensasikan isu.

Sebagai pengunjung ke parti pada malam itu, saya berasa kecewa kerana segala fitnah yang dilemparkan oleh Encik Firdaus adalah tidak benar sama sekali. Perkara ini harus dihentikan kerana kami hanya berhibur dan bersosial selepas penat bekerja. Saya percaya, pihak MyMetro boleh mendapat cerita yang lebih sensasi di mana-mana kelab di Kuala Lumpur tetapi usahlah menjadikan kami sebagai target.

Walaupun kebanyakan daripada kami memilih untuk mendiamkan diri selepas dilemparkan dengan fitnah-fitnah palsu ini, janganlah pula sangkakan air yang tenang tiada buaya. Saya sendiri tidak bersetuju dengan aktiviti-aktiviti yang berlaku pada dua minggu yang lepas tetapi pada kali ini, MyMetro telah silap dalam membuat liputan.

Sebagai pengarang dan penyunting yang berpendidikan tinggi seperti saudara-saudari sekalian, saya harap anda lebih sensitif apabila melaporkan isu-isu seperti ini.
"

Labels:

 
posted by AndroJ at 3:54 PM | Permalink | 0 comments